
.: Citer awal : .
Setelah di putuskan dalam mesyuarat, ummi dan chik man telah di amanahkan mencari tempat bagi hari keluarga kami kali ini..
Setelah mengenalpasti beberapa lokasi yang berpotensi, ummi telah menghubungi pihak pengurusan yang terpilih bagi mendapatkan maklumat lanjut. Bukan senang sebenarnya untuk mencari tempat yang sesuai dengan kehendak semua; oleh itu ummi dan chik man telah turun
sendiri ke lokasi yang kami agak
ianya sesuai dengan citarasa semua, iaitu di Agro Resort Setiu.. dan, akhirnya diputuskan; Hari Keluarga kami kali ini akan diadakan di sini..
p/s : panorama Agro Resort ini, ummi perolehi dalam websitenya..
gambar 1 : New Link (13 bilik yang kami tempah)
gambar 2 : Kolam renang
gambar 3 : Bilik kami yang berhadapan dengan tasik
gambar 4 : dalam bilik
.: Berkumpul :.
Kami yang dari kemaman, juga balik berkumpul di rumah mek, memandangkan hanya kami yang tahu secara tepat lokasi Agro Resort ini.. petang sehari sebelum bertolak, kami sempat ke bandar kb untuk mencari keperluan yang masih tidak lengkap. Badan memang penat, tapi berusaha supaya events kami ini berlangsung dengan jayanya..
p/s : mereka yang dok umah pun penat gak, coz tengah baiki umah mek.. coming soon : Kenduri Ngah
.: Bertolak :.
Dalam pukul 10 pagi, kami bertolak dari kampung. Kami budget masa; coz kami akan check in pada pukul 12tgh. AlhamdulilLah.. dalam perjalanan ok, dan semua tiba dengan selamat
.: Pendaftaran :.
Sebaik kami sampai, hujan rahmat pun turun.. AlhamdulilLah.. kami redha. Dalam hujan yang lebat itu, kami adakan upacara pendaftaran.. setiap keluarga akan diberikan satu beg saguhati serta dengan kunci bilik masing - masing.. apabila selesai je acara tersebut.. apa lagi.. masing perut dah lapar, jadi tak kiralah hujan ke,.. kami tetap dapat makan dengan kenyang. Nasib baik semua sepakat membawa makanan dari rumah masing - masing dan kongsi makan.. itulah amalan yang mulia.. sayang kamu semua.. :D
.: Check in :.
Setelah hujan mula reda, semua beredar masuk ke dalam bilik masing - masing untuk hemah diri. Cuma, ummi dan chik man yang ada sedikit urusan, terpaksa meninggalkan mereka semua sementara selesaikan urusan kami. Lagipun, bilik kami tak siap dikemas lagi.. takpela, kami bagi yang lain dulu..
.: Aktiviti :.
Aktiviti terpaksa dimulakan tanpa ummi dan chik man, memandangkan kami belum sampai balik semula ke Agro Resort..so, kami tak sempat nak bersuka ria tengok gelagat anak - anak main.. cuma, time aktiviti dewasa, kami sempat la main.. :D
p/s : main jugak tu.. hik. Cuma, ada beberapa game yg kami tak dapat main coz kami yang buat soklan..
seperti biasa, keluarga bahagia abe da yang banyak menang dalam pertandingan.. tahniah
.: BBQ & Pembahagian Hadiah:.
Pada malamnya, kami telah adakan acara BBQ dan pembahagian hadiah kepada pemenang
pertandingan. Juga, cabutan bertuah untuk setiap keluarga.. seperti biasa, keluarga yang bertuah, akan dapat la hadiah istimewa sikit, dan yang tak bertuah tu... cuba la lagi ye.. :D
Abe Zaid hadir semasa kami mengadakan majlis pembahagian hadiah.. walaupun dia sedikit terlewat, tapi syukur.. dapat turut sama dengan kami semua.. maka lengkapla sekarang keluarga kami..
Selepas selesai semua agenda, majlis mesyuarat kecil - kecilan telah diadakan bagi membincangkan kenduri kahwin Ngah yang akan diadakan bulan 8 nanti..
ALhamdulilLah.. semua memberi respond yang baik.. dan, mengharapkan kenduri itu akan berjalan dengan lancar .. Amin
p/s : bila sebut nak kenduri, mek kecut perut coz takut tak dan siap umah.. :D
so, untuk hari ni, 04 June 2005, berakhir dengan aktiviti keterusnya, .. iaitu masuk tido.. ummi terpaksa panjat tangga coz bilik kami still on progress, so pihak pengurusan bagi bilik atas untuk kami.. terpisahla kami ngan yang lain.. :(





0 comments: