Alhamdulillah.. segala perancangan yang kami buat, berjalan dengan lancar..
family ummi dan family chik bertolak pepagi dari paka, berkonvoi balik kampung. On the way, singgah kat kuala besut untuk beli hadiah kepada pelajar cemerlang.. masa kat sini, bb muadz nangis,.. maybe tak selesa dengan keadaan yang terlalu ramai orang.. :( maybe.. Sampai kat kampung dalam pukul 1 lebih, sempat chik man dan chik aling g sembahyang jumaat.
Petang tu, ummi dan chik man ke kb, sebagai persiapan terakhir.. begitu juga dengan chik dan chik aling, ke pasir mas.. manakala ayah da dan chik zan pergi beli ayam untuk di buat bbq..
pada 17 hb, kami mendapat berita yang na telah selamat melahirkan bb boy.. alamak.. kurang la satu family kali ni.. tapi, kami semua bersyukur kerana segalanya selamat.. dan, sebelum bertolak ke Sweet Beach Resort, kami semua singgah untuk melihat 'orang baru'.. comel..putih melepak.. emm.. dia dah tak sabar nak keluar, takpela.. kiranya dia awal 3 minggu dari jangkaan.. kesian kat abah dan mama dia la.. tak sempat la nak pecah record dalam games.. :)
Sampai ke tempat yang dituju dalam pukul 1 tgh. Lama juga perbincangan dengan management, berunding pasal harga dan penempatan.. ada masalah sikit.. to be continue














